Pages

Pages - Menu

Monday, April 1, 2013

Pasar Kemboja Parit Buntar

Salam,
Stress aku nak tulis nie, sekarang cuaca panas terik, berjemur 5 minit pon dah tak tahan. Selama 5 tahun aku tinggal di parit buntar, perak nie, salah satu yang glamour nya Pasar Kemboja. Asal usul pasar nie memang aku tak tahu tapi yang pasti peniaga nya majoriti orang kemboja, bila dengar diaorg sembang dah rasa macam dok dekat oversea la plak...hehehe...Lokasi pasar nie di jalan padang (peta) tapi lebih popular dengan nama jalan sempadan di sebab kan jalan tu pemisah sempadan antara 2 negeri iaitu negeri perak dan negeri penang. Keadaan pasar nie memang menarik, di dirikan antara deretan-deretan rumah ja pon. Nie bukan pasar jual ikan, sayur, ayam bagai tu yer, nie pasar juai kain baju dan tudung. Akak-akak, adik-adik dan makcik-makcik seantero malaysia mesti suka suka suka suka suka suka punya sebab dekat pasar kemboja nie, kita boleh beli dengan harga lebih murah dari harga di kedai atau butik. Pasar kemboja parit buntar nie hanya buka pada hari isnin dan jumaat sahaja (untung laa negeri yang mana cuti hari jumaat), jam dari 8.00 pagi hingga 1.30 petang. Kalo nak lagi murah, beli laa secara kodi. Yang paling banyak sini juai tudung, kalo china dah popular dengan gelaran copy paste punya produk "made in china", kalo dekat sini tudung fareeda "made in parit buntar" laa...hehe..dari segi kualiti plak, pandai-pandai la membuat pilihan sebab terlalu banyak sangat tapi jangan lupa tawar menawar, mungkin rezeki dapat lagi murah, kenyit mata sket-sket...hehehe....jum layan gambaq suasana di pasar kemboja..

jalan sempadan KANAN -penang KIRI -perak
RM25 sahaja (tudung Fareeda 3 layer)
tudung Fareeda made in parit buntar





Akak opis yang sempat shopping






Macam mana, ada yang dah berkenan di hati ka? jangan lupa, pasar kemboja buka hari ISNIN dan JUMAAT sahaja tauuu.......the end, layan dulu gambar gedik aku untuk arinie, hot baru keluar oven...hehe


Mulai November 2013, Pasar Kemboja hanya beroperasi pada hari SABTU sahaja.


sehelai tudung yang sempat aku sentap rm25 (harga tak termasuk brooch)


5 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM..nak tanya kalo tudung saiz besar ( XL atau XXL ) byk tak jual kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..ada tapi akak kena byk berjln ant deretan kedai2...

      Delete
  2. so sekarang ni, pasar ni hanya buka pada hari sabtu sahaja ka?

    ReplyDelete

Nuffnang Ads